Pages

Tuesday 5 October 2010

Melayu kuasa Besar dunia?

Salam... Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, matapelajaran sejarah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran kita dan sekaligus menjadi kemestian bagi kita untuk mempelajarinya.. Byk yang kite pelajari daripada sejarah.. Hal ini kerana sejarah adalah suntikan motivasi kita untuk menghadapi hari mendatang sama ada ia bersifat hitam mahupun bersiri putih, dalam medan hidup sejarah adalah guru kepada manusia supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.. Sekiranya sejarah tersebut bersiri putih,, sudah tentu dapat menaikkan semangat kita dan memberi kekuatan kepada kita dalam mengharungi perjuangan hidup...Pada pos kali ini,, ku cuba untuk mengimbau kembali sejarah KEGEMILANGAN ISLAM di NUSANTARA MELAYU...

Suatu ketika dahulu,,kegemilangan ISLAM pernah bertapak di bumi MElaka...NAmun begitu, setelah kejatuhan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511 di tangan portugis dengan segera PANJI ISLAM di nusantara dipangku oleh negara Acheh..Acheh dari sudut sejarahnya mempunyai HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN KHILAFAH ISLAM TURKI..Sultan Acheh, Sultan Al-Mughyat Syah dengan pantas menghidu bahaya yang akn menimpa umat Islam ekoran penguasaan KAfir POrtugis terhadap jalan perdagangan di perairan selat Melaka..Lantas baginda menyusun sistem pertahanan Acheh..Kbimbangan baginda berasas apabila Portugis telah menyerang Pidie dan Pasai yang kedudukannya berhampiran dengan Acheh.. Disebabkan sarat dengan api dendam salibiah, Portugis telah bersikap kejam terhadap pedagang ISlam terutama dr Arab dan India.. Hal ini menyebabkan pedagang Islam mula beralih arah ke Acheh..Keharuman Acheh telah tersebar apatah lagi dengan pemerintah yg taat kepada agama dan berkembang seiringnya pusat pengajian Islam..

Acheh telah muncul sebgai PUSAT POLITIK ISLAM terutamanya di zaman Sultan Alauddin RIayat Syah al Qahhar(1538-1571)..Kemampuan Acheh MEMBINA KAPAL-KAPAL PERANG,MERIAM dan sebagainya membolehkan Acheh MENGEKSPORT SENJATA ke negeri2 Melayu yg lain..Malah, Acheh turut menjalinkan HUBUNGAN KETENTERAAN DAN EKONOMI DENGAN KERAJAAN UTHMANIAH TURKI... Kekuatan Acheh sebagai PUSAT KEKUATAN KETENTERAAN ISLAM di nusantara terserlah apabila ia mencabar KUASA BESAR KAFIR PORTUGIS.. Sultan Alauddin Al-Qahhar menunjuk kesiap siagaan yang jitu untuk merampas semula Melaka daripada Portugis.. Serangan telah dilakukan sebanyak dua kali dan diteruskan oleh pemerintah Acheh selepasnya.. Kesungguhan semangat jihad ini telah mengharumkan nama Acheh sehingga pedagang-pedagang ISLAM mula bertumpu di Acheh..

Selain itu, Acheh juga subur dengan PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM...Sewaktu pmerintahan Sultan Iskandar Muda, undang2 bereteraskan ISLAM yang dikenali "KANUN MAHKOTA ALAM" telah disusun oleh beliau..Beliau turut menubuhkan satubadan penasihat iaitu BALAI GADENG yg dianggotai 22 ORANG ULAMA yang berperanan membantu pelaksanaan ISLAM di Acheh.. S

Sebagai akhirnya,, dapat disimpulakan bahawa suatu ketika dahulu Nusantara Melayu pernah menjadi kuasa besar dan kuat serta tertegak dengan pelaksanaan syariat ALLAH...Dan adalah sesuatu yang tidak mustahil sekiranya KEGEMILANGAN ISLAM bakal tertegak kembali di bumi nusantara Melayu pada era moden ini..TAK MUSTAHIL NUSANTARA MELAYU MENJADI KUASA BESAR DAN KUAT..SIAPA KATA KITA X BOLEH!!!!KITA ADA ALLAH MAHA ESA!!!SEJARAH DAH BUKTIKAN KITA BOLEH!!!!Peranan kita ialah berusaha ke arah perkara tersebut...UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG!!!!!!!hayatilah lagu iini..semoge ie boleh memotivasikan kite untuk berusaha ke arah mengembalikan kegemilangan ISLAM di nusantara Melayu ini...

2 comments:

  1. 1. Racist.

    2. Hang sokong PAS takkan Melayu naik, Islam la yg naik. Apa kaitan Melayu dengan Islam? Nama saja Melayu, tapi ia takde nilai pon, yg nilai tuh adalah Islam.

    3. Biarlah Melayu hilang di dunia pon, takde kesan pada Islam, asalkan Islam teros diamalkan.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong, tapi dengan satu syarat. Malaysia mesti bergabung dengan Indonesia. Tak mungkin, Malaysia dengan sendirinya boleh menjadi kuasa dunia. Dengan masalah perkaumannya, dimana orang Melayu 40%, Cina 30%, Indian 10%, Bumiputra Bukan Islam (Sabah, Sarawak, Orang Asli, Orang Siam) 10%. Dengan masalah politiknya, dimana orang Melayu sendiri dibahagi 3 dengan UMNO, PAS & PKR. Dengan jumlah penduduknya hanya 28 juta dan kelengkapan perangnya kurang dibandingkan Singapura dan Thailand. Dengan kurang percaya diri & mentaliti yang masih dijajah seperti melebih2kan bahasa Inggeris dari bahasa Melayu sendiri, melebih2kan kelab Chelsea & Manchester United dari pasukan Malaysia sendiri. Lihatlah, baru2 ini dimana kelab2 Inggeris seperti Arsenal, Chelsea & Liverpool bermain dengan Malaysia, penyokong Malaysia lebih gemar memakai jersi kelab Inggeris dari jersi pasukan Malaysia. Mana mungkin.... Sebaliknya Malaysialah negara yang paling mudah dijajah, sama ada oleh Thailand atau Singapura atau US atau Cina atau India. Tapi, sanggupkah pemimpin UMNO atau raja2 Melayu bergabung dengan Indonesia dan hilang kekuasaan dan kedudukan mereka? Mana mungkin... Rakyat Malaysia mahu bergabung, tetapi pemimpin elitnya enggan... Jadi mana mungkinnya Malaysia menjadi kuasa dunia?

    ReplyDelete