Pages

Monday 11 October 2010

Dr Aafia Siddiqui... Tidak semua tahu kisahnya..

Assalamualaikum....

Pada hari ini, sedang aku membaca laman-laman web yang terdapat dalam folder "favourite", tiba-tiba saya terjumpa kisah seorang muslimah yang bernama Dr Aafia Siddiqui... Kisahnya sangat menyanyat hati.. Ia menunjukkan betapa SADISNYA SEKSAAN TENTERA AMERIKA dan HEBATNYA MEHNAH dan TRIBULASI untuk orang-orang ISLAM yang berilmu..

Hayatilah kisahnya..... dan bandingkan keadaannya dengan keadaan kita...

Dr Aafia Siddiqui telah dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac, 1972. Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang yang “tahfiz” al Quran. Beliau juga mempunyai 144 ijazah dalam Neurology dari pelbagai universiti di dunia, beliau SATU-SATUNYA PAKAR NEUROLOGI DALAM DUNIA YANG MEMPUNYAI PHD DALAM BIDANG NEUROLOGY DARI UNIVERSITI HARVARD. Tiada seorang pun rakyat Amerika yang mampu menandingi kelulusan akedemik beliau. Selain itu, Dr Aafia Siddiqui adalah seorang yang alim dan hafal Al-Quran. Dr Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh Ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram Afghanistan dan dirogol berulang-kali, dicabul kehormatannya dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya.

Yvonne Ridley, penulis Cageprisoners.com telah menulis tentang “tahanan 650”(Dr Aafia), mengenai kisah penyiksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau dirogol berulang-kali selama empat tahun.
Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan terhadap Aafia semasa beliau ditahan di bawah penjagaan Amerika:
• SEBELAH DARIPADA BUAH PINGGANGNYA TELAH DIBUANG.
• SEMUA GIGI BELIAU TELAH DICABUT.
• HIDUNG BELIAU TELAH DIPATAHKAN DAN DIBETULKAN SEMULA DALAM KEADAAN YANG TIDAK SEMPURNA.
• LUKA TEMBAKAN BELIAU TIDAK DIRAWAT DENGAN SEMPURNA, MENYEBABKAN DARAH BERTERUSAN MENGALIR DARI LUKANYA DAN DIBIARKAN MEMBASAHI PAKAIAN BELIAU.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana seksaan yang dikenakan ke atas beliau sehingga mengalami kecederaan yang sangat teruk sebegitu rupa.

Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal bahawa beliau telah merampas senjata dari pegangan seorang tentera Amerika dan menembak seorang pegawai tentera Amerika. Akhirnya, beliau dijatuhi hukuman penjara 86 tahun yang telah diputuskan pada bulan MEI 2010 baru-baru ini. Entah apa lagi bentuk seksaan yang akan dikenakan ke atas beliau selepas ini.

Persoalannya, Mengapakah seorang SAINTIS NEURO berpendidikan-AMERIKA diperlakukan seperti ini? Timbul spekulasi yang menyatakan Dr. Aafia telah diminta membantu pihak kerajaan untuk menghasilkan senjata psikosis yang akan membuatkan rakyat percaya bahawa kapalterbanglah yang meruntuhkan WTC? Mungkinkah kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan, maka beliau diperlakukan seperti itu?Sesetengah orang mungkin bertanya, kenapa dia tidak dibunuh terus? Kenapa mengambil risiko kemungkinan maklumat seperti ini tersebar? Penjelasannya ialah bahawa beliau boleh digunakan sebagai contoh, untuk menakut-nakutkan dan menggertak sesiapa sahaja yang berani menentang kuasa-kuasa besar.

Sebagai akhirnya, kisah ini mungkin satu daripada beribu-ribu kisah mengenai penderitaan umat ISLAM.. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita agar sentiasa berdoa kepada ALLAH meneguhkan pendirian dan melimpahkan rahmatNYA dan kesabaran ke atas saudara seISLAM kita yang ditindas. Selain itu, perlu diingat oleh umat ISLAM bahawa Dr Aafia ditangkap kerana kegerunan Amerika terhadap POTENSI dan KEMAMPUANNYA untuk menyumbang khidmat yang cemerlang untuk ISLAM, disamping mungkin kerana tidak mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan Amerika.. Oleh itu, bagi diri kita yang masih lagi mempunyai ruang dan peluang untuk menyumbang khidmat untuk ISLAM, SUMBANGLAH SEMAKSIMUM MUNGKIN.. BERAZAMLAH WAHAI UMAT ISLAM!! Kisah Dr Aafia tidak akan menggerunkan kita sedikit pun malah sebagai motivasi bagi diri kita untuk terus berjuang menyumbang khidmat untuk ISLAM dan melawan KUASA KUFFAR AMERIKA.. Satu peringatan untuk diri saya dan rakan pembaca sekalian.. Sekian..


Friday 8 October 2010

CanTikkah AnDa?????

Assalamualaikum....salam bercuti buat mereka yang bercuti semester....

Sejak akhir-akhir ini,,,,masalah gejala sosial di negara kita ni semakin subur membiak tanpa menunjukkan tanda-tanda perkembangan positif..Sekiranya nak dibuat hipotesis sebagaimana hipotesis yang kita buat semasa belajar kimia dahulu,,sudah tentu hipotesisnya begini,," THE LONGER THE TIME, THE MORE THE SOCIAL PROBLEM".. Mengapakah semua ini berlaku??? Sudah tentu tidak dapat dinafikan bahawa ianya berpunca daripada perlanggaran manusia terhadap perintah-perintah ALLAH.. Pada pos kali ini,, aku tertarik untuk mengupas soal "aurat"...

Lazimnya,, dunia pada hari ini,, bilamana disebut mengenai aurat,,sudah tentu berkait dengan wanita.. Aurat dan wanita umpama desktop dengan CPU.. Kedua-duanya sangat berkaitan.. Malaysia pada hari ini menyaksikan bagaimana wanita-wanita muslim memperagakan dirinya sehingga ramai yang melanggar batas-batas syariah Allah.. Tidak dapat dinafikan suatu ketika dahulu tudung merupakan sesuatu yang sangat luar biasa bagi muslimah-muslimah di negara kita(cube try tanye mak ayah kite).. Dahulu, tudung mugkin hanya dipakai oleh ustazah-ustazah yang sememangnya menguasai ilmu agaama dengan mendalam... Namun pada hari ini,, realiti sudah berubah.. Tudung bukanlah sesuatu yang asing bagi wanita di negara ini.. Namun begitu,, malang seribu kali malang, apabila seseorang wanita itu menganggap dia sudah menutup aurat sekadar dengan bertudung...

Jika kita teliti haiwan-haiwan yang berada di sekeliling kita... Sememangnya mereka perlu memaparkan atau menunjukkan "organ-organ sulit" atau "kemaluan" mereka untuk menarik pasangannya... Hal ini kerana itulah kecantikan seekor haiwan atau disebut KECANTIKAN HAIWANIAH.. Tetapi bagi manusia, sayyid qutb menyatakan KECANTIKAN HAIWANIAH itu telah digantikan dengan KONSEP AURAT.. Lalu terbitlah KECANTIKAN INSANIAH... Hakikatnya,, ALLAH telah MEMULIAKAN MANUSIA mengatasi makluk lain seperti haiwan dengan MENETAPKAN HAD AURAT bagi manusia.. JUsteru, perlu difahami oleh seluruh umat ISLAM bahawa aurat BUKANLAH BEBANAN TAPI SATU KEMULIAAN...

Sungguhpun begitu,, majoriti wanita hari ini sudah bertudung tetapi masih menampakkan atau menonjolkan "tebing-tebing","curam-curam","gunung-ganang" yang boleh dikategorikan sebagai KECANTIKAN HAIWANIAH.. Sedangkan manusia tidak perlu kepada kecantikan haiwaniah untuk kelihatan cantik,, kerana kemuliaan manusia terletak pada KECANTIKAN INSANIAH yang lahir dari KONSEP AURAT... Lalu, manusia hanya perlu MENUTUP AURAT dengan sempurna untuk kelihatan AYU, CUN, COMEL, ANGGUN, MENAWAN, dan segala-galanyelah..

Sebgai kesimpulan,,aku cuma ingin beri pendapat aku sebagai seorang lelaki.. Aku bukan nak kata aku ni baik,, tp aku yakin majoriti lelaki yang baik sangat senang MELIHAT, MENGASIHANI, dan MENGHORMATI wanita-wanita yang bertudung labuh serta tidak mengenakan pakaian yang ketat-ketat pada tubuhnya... Contohnya,,seandainya seorang lelaki yang baik sedang duduk di dalam komuter, melihat seorang wanita yang bertudung labuh sedang berdiri berasak-asak dalam komuter, nescaya akan timbul rasa hormat dan kasih dalam hati lelaki itu pada perempuan tersebut.. Lalu lelaki itu bangun bagi membolehkan wanita tersebut duduk dengan aman.. Tetapi seandainya lelaki itu melihat wanita yang berpakaian dengan pakaian yang ketat sedang berdiri,,alamatnye jeling sbelah mate je la.. Padanla dengan muka perempuan itu..Bagi aku,, berpakaianlah ala-ala Ana Althofunnisa(gambar/ISteri Azam dalam KCB..huhu...).. Kelihatan AYU, ANGGUN, CANTIK, dan SOLEHAH....asalkan mematuhi akhlak adab-adab berpakaian dalam ISLAM ok la.. Akhir sekali, ku memohon maaf di atas segala kekurangan atau kesilapan yang terdapat dalam posku ini..Mungkin terdapat istilah-istilah yang kurang sopan dan mungkin ade yang kurang senang dengan artikel ni...Tp aku mohon maaf...Sekian

Tuesday 5 October 2010

Melayu kuasa Besar dunia?

Salam... Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, matapelajaran sejarah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran kita dan sekaligus menjadi kemestian bagi kita untuk mempelajarinya.. Byk yang kite pelajari daripada sejarah.. Hal ini kerana sejarah adalah suntikan motivasi kita untuk menghadapi hari mendatang sama ada ia bersifat hitam mahupun bersiri putih, dalam medan hidup sejarah adalah guru kepada manusia supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.. Sekiranya sejarah tersebut bersiri putih,, sudah tentu dapat menaikkan semangat kita dan memberi kekuatan kepada kita dalam mengharungi perjuangan hidup...Pada pos kali ini,, ku cuba untuk mengimbau kembali sejarah KEGEMILANGAN ISLAM di NUSANTARA MELAYU...

Suatu ketika dahulu,,kegemilangan ISLAM pernah bertapak di bumi MElaka...NAmun begitu, setelah kejatuhan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511 di tangan portugis dengan segera PANJI ISLAM di nusantara dipangku oleh negara Acheh..Acheh dari sudut sejarahnya mempunyai HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN KHILAFAH ISLAM TURKI..Sultan Acheh, Sultan Al-Mughyat Syah dengan pantas menghidu bahaya yang akn menimpa umat Islam ekoran penguasaan KAfir POrtugis terhadap jalan perdagangan di perairan selat Melaka..Lantas baginda menyusun sistem pertahanan Acheh..Kbimbangan baginda berasas apabila Portugis telah menyerang Pidie dan Pasai yang kedudukannya berhampiran dengan Acheh.. Disebabkan sarat dengan api dendam salibiah, Portugis telah bersikap kejam terhadap pedagang ISlam terutama dr Arab dan India.. Hal ini menyebabkan pedagang Islam mula beralih arah ke Acheh..Keharuman Acheh telah tersebar apatah lagi dengan pemerintah yg taat kepada agama dan berkembang seiringnya pusat pengajian Islam..

Acheh telah muncul sebgai PUSAT POLITIK ISLAM terutamanya di zaman Sultan Alauddin RIayat Syah al Qahhar(1538-1571)..Kemampuan Acheh MEMBINA KAPAL-KAPAL PERANG,MERIAM dan sebagainya membolehkan Acheh MENGEKSPORT SENJATA ke negeri2 Melayu yg lain..Malah, Acheh turut menjalinkan HUBUNGAN KETENTERAAN DAN EKONOMI DENGAN KERAJAAN UTHMANIAH TURKI... Kekuatan Acheh sebagai PUSAT KEKUATAN KETENTERAAN ISLAM di nusantara terserlah apabila ia mencabar KUASA BESAR KAFIR PORTUGIS.. Sultan Alauddin Al-Qahhar menunjuk kesiap siagaan yang jitu untuk merampas semula Melaka daripada Portugis.. Serangan telah dilakukan sebanyak dua kali dan diteruskan oleh pemerintah Acheh selepasnya.. Kesungguhan semangat jihad ini telah mengharumkan nama Acheh sehingga pedagang-pedagang ISLAM mula bertumpu di Acheh..

Selain itu, Acheh juga subur dengan PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM...Sewaktu pmerintahan Sultan Iskandar Muda, undang2 bereteraskan ISLAM yang dikenali "KANUN MAHKOTA ALAM" telah disusun oleh beliau..Beliau turut menubuhkan satubadan penasihat iaitu BALAI GADENG yg dianggotai 22 ORANG ULAMA yang berperanan membantu pelaksanaan ISLAM di Acheh.. S

Sebagai akhirnya,, dapat disimpulakan bahawa suatu ketika dahulu Nusantara Melayu pernah menjadi kuasa besar dan kuat serta tertegak dengan pelaksanaan syariat ALLAH...Dan adalah sesuatu yang tidak mustahil sekiranya KEGEMILANGAN ISLAM bakal tertegak kembali di bumi nusantara Melayu pada era moden ini..TAK MUSTAHIL NUSANTARA MELAYU MENJADI KUASA BESAR DAN KUAT..SIAPA KATA KITA X BOLEH!!!!KITA ADA ALLAH MAHA ESA!!!SEJARAH DAH BUKTIKAN KITA BOLEH!!!!Peranan kita ialah berusaha ke arah perkara tersebut...UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG!!!!!!!hayatilah lagu iini..semoge ie boleh memotivasikan kite untuk berusaha ke arah mengembalikan kegemilangan ISLAM di nusantara Melayu ini...