Pages

Sunday 1 May 2011

Muhasabah utk diriku, penghafaz al-quran, penuntut ilmu agama, dan seluruh umat yang cinta pada Islam

Assalamualaikum.. Sudah sekian lama tidak menulis.. Atas beberapa faktor dan yang paling utama faktor KEMALASAN... Pada kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku dgn pembaca-pembaca sekalian.. Semoga dpt ambil pengajaran dripadanya..

Pada hujung bulan 3, aku menghadiri satu program anak-anak muda di kawasan Serdang. Di situ, aku kenali seorang teman yg bernama Wan(nama panggilan). Dia menuntut di UNIKL yang terletak di Teras Jernang. Pada hari itu, kami sekadar berkenal-kenalan dan borak-borak siket kerana masing-masing ada tugas semasa program itu,, jadi kena fokus pada kerja, kekadang curi-curi borak. Sewaktu akhir program, baru lebih selesa untuk berborak, tetapi tidak lama kerana ingin pulang ke rumah awal.. Selepas pada hari itu, kami ada merancang untuk bertemu lagi, tapi atas kekangan masa dan periksa, jd pertemuan itu susah untuk direalitikan.

Pendek cerita, pada tanggal 1 Mei 2011, kami diizinkan oleh Allah untuk bertemu di Bengkel Penulisan Pendakwah Muda di Masjid Teras Jernang. Senyuman terpandar daripada wajahku dan wajahnya, akhirnya dapat juga bertemu. Di dalam dewan bengkel seminar, aku duduk bersebelahan dengannya dan seorang lagi temannya dari UNIKL yang bernama Shah. Aku menambah lagi kenalanku apabila bertaaruf dengan Shah siang tadi. Sementara menunggu penceramah sampai, kami berborak-borak kosong+ilmiah sikit-sikit.

Hendak dikaitkan dengan tajuk di atas, lalu Wan bertanya padaku "azam, di dq ada partime hafal quran tidak??"aku menjawab "tidak". Nampak sedikit kecewa di wajahnya. Lalu dia mengeluarkan sekeping handout daripada poketnya, handout itu bertajuk KELAS TAHFIZ AL QURAN. Dia berkata "Ana sebenarnya nak hafal al-quran,, ana da cube cari kelas2 tahfiz mcm ni(smbil menunjukkan pada handout), tapi bertindih dengan jadual pengajian,exam dan bla2.."Lantas seorang lagi rakan Shah menyampuk "Azam, enta hafal quran macam mane,ape tips-tipsnya??" Dari sudut cara dia bertanya padaku, seolah-olah hafal quran itu satu nikmat yang besar. Aku agak terkesima sambil menerangkan padanya cara aku hafal quran. Selepas peneranganku yang tidak seberapa, Wan pun berkata "ok,lepas ini ana nak cuba hafal setengah muka sehari.. cuba tetap cuba..kene mulakan.."Allah, aku sangat kagum melihat keazamannya, sambil membayangkan diriku yg rasanya kurang merasakan kenikmatan menghafaz al quran dan keazaman seperti Wan itu.. Wan menambah "Bkn apa, kami ni belajar engineering saja, enta belajar agama, Nabi pon tinggikan darjat orang yang belajar agama, kami SANGAT MENGHORMATI orang yang belajar agama".

Aduh!!Astaghfirullah!! Mereka berdua sangat hormat padaku yg kononnya dikatakan penghafaz al quran dan belajar imu-imu agama. Andai dia tahu yang aku ni seorang yang MALAS mengulang al quran, malah kurang merasai nikmat menghafaz al quran, mudah lalai, kerap tidur sekiranya ada masa lapang, dan banyak lagi sifat-sifat negatif yang lain. Malunya..!! Malu itu ku hanya simpan di dalam hati.. Aku bersyukur pada ALLAH, pada masa ini, aku dapat memuhasabah diriku.. Dan paling penting, aku tersedar bahawa "MENGHAFAZ AL QURAN ADALAH SATU NIKMAT YG SANGAT BESAR!!! BELAJAR AGAMA ADALAH SATU NIKMAT YG BESAR!!" Alhamdulillah..

Friday 28 January 2011

SBPI Rawang,
nama cukup nostalgik dalam mindaku,
dan minda teman2 yang lain pastinya..

Jumaat, 21/01/11
setelah setahun lebih aku meninggalkan bumi itu,
aku datang lagi,
buat kesekian kalinya,
bersama Azam, Alif dan Aufa,
teman suka dukaku,
dulu, kini, dan selamanya,
hadirku kali ini bersama suatu misi..

Tiba di gerbang sekolah,
perasaan sama menggamitku,
sayang, syukur, masih mampu kakiku menjejak bumi itu,
bertemu guru-guru tercinta,
Ustzh Rahila, Ustzh Khadijah, Ustzh Sharifah, dan yang lain2,
berkongsi cerita dan rasa,
cerita sekolah yang setahun lebih aku tinggalkan,
harapan mereka,
kehadiran kami,
mampu memberi sedikit 'kejernihan' pada adik2 form 5,
"kami mampu memberi sedikit sahaja", luahku,
yang selebihnya ketentuan ALLAH..

Petang itu,
aku duduk di beranda Masjid Bandar Tasik Puteri,
berkongsi rasa bersama adik2 Exco 2011,
mereka luahkan,
kesukaran menghadapi tahun ini,
tahun kepimpinan,
tahun penentuan,
tahun SPM,
dengan tekanan yang dihadapi,
menghimpit diri, dari segenap penjuru,
"berat beban ni bang", kata mereka,
"sekolah 3 minggu macam dah setengah tahun", luah yang lain.
....................

Mendengar luahan itu,
terkenang saat bersama teman2,
teman2 Exco, teman2 5 JF, teman2 PHALANX semestinya,
zaman sekolah itu,
semua rasa bercampur-baur,
suka, duka, pahit, manis, pedih, lucu, sedih, gembira,
ya,
dan hakikatnya,
itu yang mematangkan diriku,
dirimu teman,
dirimu adik-adik,..
bila di sekolah dulu,
memang diri ini tak mengerti,
selangkah meninggalkan alam persekolahan,
baru terasa betapa berharganya bekalan itu,
di luar ini,
bekalan2 di SEPINTAR itu yang jadi benteng,
menghadapi badai di luar,
solat jemaah, ma'thurat, qiamullail, tazkirah, kuliah, liqa',
itu yang memberi kekuatan buat aku dan sahabat2,

Sebelum melangkah pulang,
aku dan Alif,
sempat bertemu saf pimpinan,
Rasyed, Zuladli, Akmal,
pesan kami,
hidup jadi pemimpin memang menguji,
sering terhimpit,
antara guru atau kawan,
antara peraturan atau kasihan,
dilema itu yang mematangkan,
mendidik diri berjiwa BESAR,
entah berapa kali dulu,
terasa diri mahu melepaskan segala beban,
namun ku gagahkan jua diri,
kerna aku tahu,
itu semua tarbiyah dari Ilahi.

Saat gelora melanda,
ukhuwah dan persahabatan,
itu yang mengikat hati kami semua,
menerima didikan yang Maha Esa,
kerna aku dah lalui,
namun, pada akhirnya,
baru ku mengerti,
cabaran di sekolah itu hanya setompok kecil kesusahan,
ranjau kepimpinan di luar itulah lakaran sebenar kehidupan,
doa kami,
moga adik-adik terus tabah,
memimpin sahabat2 menuju kejayaan,
dunia dan akhirat..
Itu Sahaja Yang Ku Mampu..

*buat sahabat2 yg berkesempatan, datanglah jenguk sekolah dan adik2, kongsi pengalaman, beri semangat, mereka dahagakan bantuan abang2 dan kakak2, walaupun sedikit usaha kita, itu yang menggembirakan guru2 dan adik2. Yang ada kat oversea, bila jejak kaki di Malaysia, terus menyumbang bakti pada SEPINTAR. Moga semua usaha itu, mendapat ganjaran besar di sisi ALLAH kelak..
'ERTI HIDUP PADA MEMBERI'..