Pages

Friday 3 September 2010

APA NASIB UMAT INI?

"Suatu ketika, ISLAM gemilang.
Luasnya kekuasaan yang ALLAH kurniakan kepada umat lalu,
wilayah ISLAM teramat luas,
merentangi Timur dan Barat,
keindahan kota Cordova,
kesibukan pelabuhan Gujerat ,
kegemilangan Kesultanan Melaka..


Sayang seribu kali sayang,
itu semua kenangan lalu..
Tapi kini,
di mana mahuku cari 'izzah ummah?
ke mana hilang solidariti ummah?


Apa nasib umat ini?
Umat ISLAM ramai,
tapi tak ubah seperti buih-buih di lautan..
Sempadan negara-negara rencana kuffar,
kejatuhan khilafah Uthmaniyyah,
seakan mengerat-ngerat kesatuan umat ini.
Hinggakan kita dengan saudara yang lain,
seakan-akan tiada kaitan, tiada ikatan.


Kita membutakan mata,
kita memekakkan telinga,
kita membisukan lidah,
kita melumpuhkan anggota,
kita kata, itu mereka, apa aku kisah!
Umat di Mesir tak peduli Gaza.
Mereka di Pakistan tak endah Xinjiang.
Yang di Malaysia tak kisah Pattani.


Sejarah membuktikan,
gemilangnya ISLAM kerana kesatuan.
Jatuhnya ISLAM kerana perpecahan.
Kini, masanya buat kita mengukir sejarah.
Jatuh bangun umat di tangan kita.
Apapun posisi,
bagaimanapun kondisi,
sejerih mana tribulasi,
kekuatan ummah wajib kita kembali..


Ya ALLAH, kembalikan kekuatan kami.."


-Ibnu M,
10.56 a.m., 25 Ramadhan 1431H, 4 September 2010M,