Pages

Monday 11 October 2010

Dr Aafia Siddiqui... Tidak semua tahu kisahnya..

Assalamualaikum....

Pada hari ini, sedang aku membaca laman-laman web yang terdapat dalam folder "favourite", tiba-tiba saya terjumpa kisah seorang muslimah yang bernama Dr Aafia Siddiqui... Kisahnya sangat menyanyat hati.. Ia menunjukkan betapa SADISNYA SEKSAAN TENTERA AMERIKA dan HEBATNYA MEHNAH dan TRIBULASI untuk orang-orang ISLAM yang berilmu..

Hayatilah kisahnya..... dan bandingkan keadaannya dengan keadaan kita...

Dr Aafia Siddiqui telah dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac, 1972. Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang yang “tahfiz” al Quran. Beliau juga mempunyai 144 ijazah dalam Neurology dari pelbagai universiti di dunia, beliau SATU-SATUNYA PAKAR NEUROLOGI DALAM DUNIA YANG MEMPUNYAI PHD DALAM BIDANG NEUROLOGY DARI UNIVERSITI HARVARD. Tiada seorang pun rakyat Amerika yang mampu menandingi kelulusan akedemik beliau. Selain itu, Dr Aafia Siddiqui adalah seorang yang alim dan hafal Al-Quran. Dr Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh Ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram Afghanistan dan dirogol berulang-kali, dicabul kehormatannya dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya.

Yvonne Ridley, penulis Cageprisoners.com telah menulis tentang “tahanan 650”(Dr Aafia), mengenai kisah penyiksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau dirogol berulang-kali selama empat tahun.
Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan terhadap Aafia semasa beliau ditahan di bawah penjagaan Amerika:
• SEBELAH DARIPADA BUAH PINGGANGNYA TELAH DIBUANG.
• SEMUA GIGI BELIAU TELAH DICABUT.
• HIDUNG BELIAU TELAH DIPATAHKAN DAN DIBETULKAN SEMULA DALAM KEADAAN YANG TIDAK SEMPURNA.
• LUKA TEMBAKAN BELIAU TIDAK DIRAWAT DENGAN SEMPURNA, MENYEBABKAN DARAH BERTERUSAN MENGALIR DARI LUKANYA DAN DIBIARKAN MEMBASAHI PAKAIAN BELIAU.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana seksaan yang dikenakan ke atas beliau sehingga mengalami kecederaan yang sangat teruk sebegitu rupa.

Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal bahawa beliau telah merampas senjata dari pegangan seorang tentera Amerika dan menembak seorang pegawai tentera Amerika. Akhirnya, beliau dijatuhi hukuman penjara 86 tahun yang telah diputuskan pada bulan MEI 2010 baru-baru ini. Entah apa lagi bentuk seksaan yang akan dikenakan ke atas beliau selepas ini.

Persoalannya, Mengapakah seorang SAINTIS NEURO berpendidikan-AMERIKA diperlakukan seperti ini? Timbul spekulasi yang menyatakan Dr. Aafia telah diminta membantu pihak kerajaan untuk menghasilkan senjata psikosis yang akan membuatkan rakyat percaya bahawa kapalterbanglah yang meruntuhkan WTC? Mungkinkah kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan, maka beliau diperlakukan seperti itu?Sesetengah orang mungkin bertanya, kenapa dia tidak dibunuh terus? Kenapa mengambil risiko kemungkinan maklumat seperti ini tersebar? Penjelasannya ialah bahawa beliau boleh digunakan sebagai contoh, untuk menakut-nakutkan dan menggertak sesiapa sahaja yang berani menentang kuasa-kuasa besar.

Sebagai akhirnya, kisah ini mungkin satu daripada beribu-ribu kisah mengenai penderitaan umat ISLAM.. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita agar sentiasa berdoa kepada ALLAH meneguhkan pendirian dan melimpahkan rahmatNYA dan kesabaran ke atas saudara seISLAM kita yang ditindas. Selain itu, perlu diingat oleh umat ISLAM bahawa Dr Aafia ditangkap kerana kegerunan Amerika terhadap POTENSI dan KEMAMPUANNYA untuk menyumbang khidmat yang cemerlang untuk ISLAM, disamping mungkin kerana tidak mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan Amerika.. Oleh itu, bagi diri kita yang masih lagi mempunyai ruang dan peluang untuk menyumbang khidmat untuk ISLAM, SUMBANGLAH SEMAKSIMUM MUNGKIN.. BERAZAMLAH WAHAI UMAT ISLAM!! Kisah Dr Aafia tidak akan menggerunkan kita sedikit pun malah sebagai motivasi bagi diri kita untuk terus berjuang menyumbang khidmat untuk ISLAM dan melawan KUASA KUFFAR AMERIKA.. Satu peringatan untuk diri saya dan rakan pembaca sekalian.. Sekian..


2 comments:

  1. ALLAH sentiasa melihat hambanye.. smoga beliau terus tabah n d bwah naungan ALLAH

    ReplyDelete
  2. kerana syurga menunggu si manis ini

    ReplyDelete