Pages

Wednesday, 1 September 2010

Perubahan.....(x tau nak letak tajuk ape..hehe..)

Assalamualaikum...salam ramadhan,salam LL4 Gaza....

Sudah lama tangan ini tidak menaip sesuatu di blog ini..dan akhirnya hari ini tergerak juga tangan ini untuk mengepos sesuatu di blog ini..Ku cume ingin berkongsi dengan kalian tentang artikel yang menarik yang telah aku bace ..dan ilmu2 yang disampaikan oleh ustaz2 yang pernah aku dgr....

Beberapa bulan sebelum ini,dunia digemparkan dengan kekejaman Israel dalam tragedi berdarah mavi marmara..Seramai 9 orang aktivis Turki telah gugur sebagai syuhada dalam peristiwa tersebut..Lantaran itu,,masyarakat dunia khususnya warga Turki mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel tersebut....Ketegasan kerajaan Turki yang dipimpin oleh perdana Menterinya Rajab Thoyyib Erdogan,dapat dilihat melalui tindakan Turki menutup wilayah udara untuk semua penerbangan militer Israel dan menarik duta besarnya di Tel Aviv, Israel sebagai reaksi terhadap serangan itu. Sementara itu,,presiden Iran Mahmoud Ahmadi Nejad turut mengutuk peristiwa tersebut sambil menyatakan peristiwa tersebut merupakan petanda awal kehancuran Israel..Namun begitu,di sebalik tragedi berdarah ini,terjalin persefahaman yang lebih erat antara Turki dan Iran..Turki dan Iran bukan sahaja berpadu suara menentang Israel,tetapi juga mengukuhkan hubungan diplomatik yang lebih erat antara kedua-dua negara tersebut..Sudah tentu kesepaduan ini amat membimbangkan Israel dan Amerika..Tidak keterlaluan jika dikatakan TURKI dan IRAN adalah wira ISLAM masa ini..

Sungguhpun begitu,jika diteliti dari sudut sejarah,kedua-dua negara ini adalah sekutu rapat Barat dan Israel..Ketika era Rejim Syah Mohd Reza Pehlavi Iran,Iran sering membantu Israel dengan menyumbangkan bahan bakar dan peralatan perang kepada Israel, di samping membenarkan tentera Amerika berpengkalan di Iran..Turki pula sewaktu pemerintahan Mustafa Kamal Attaturk tersangatlah pro-Barat dan Israel dalam pemerintahannya..Mustafa Kamal Ataturk juga telah memainkan peranan yang besar dalam meruntuhkan KHilafah Islamiah Uthmaniah iaitu nadi kekuatan umat Islam yang mana ianya telah diatur oleh 'tangan-tangan ghaib' dengan begitu sistematik dan terancang..

KIni,,segalanya telah BERUBAH(ade gak la kaitan dengan tajuk..hehehe..)..Mereka bukan lagi sekutu rapat Barat dan Israel..KIni,kedua-dua negara ini sering merunsingkan kepala Barat dan Israel..Sudah tentu tidak dapat dinafikan faktor kepimpinan amat besar dalam membentuk PERUBAHAN keadaan atau ciri-ciri sesebuah negara seperti Turki dan Iran ini,daripada teman tidur sebantal dengan barat kepada musuh ketat kepada barat dan Israel..Turki kini dipimpin oleh intelektual yang berjiwa ISLAM iaitu Rajab THoyyib Erdogan..biarpun beliau tidak mampu menonjolkan ISLAM dari sudut perundangan syariahnya secara keseluruhan kerana mendapat tentangan hebat daripada pihak tentera dan bertentangan dengan perlembagaan TUrki,,tetapi beliau telah berjaya dengan CEMERLANG dalam menonjolkan Islam dari sudut kebajikan dan keadilan serta dari sudut pengurusan negara..Hal ini menunjukkan ISLAM bukan terbatas pada perundangan syariah semata-mata,tetapi ia merangkumi segala aspek dan bidang kehidupan..Malah,,kini terdapat sumber2 rahsia yang mendedahkan wujud satu kompot rahsia yang dirancang oleh pihak Israel untuk membunuh Erdogan..Selain itu,,Iran juga tidak kurang hebatnya..Dipimpin oleh jurutera bertubuh kecil tetapi bersuara lantang dalam mengutuk Amerika dan Israel..insan itu bernama Mahmoud Ahmadi Nejad..satu kenyataan beliau yang sangat menarik perhatianku,, "Kami akan memotong tangan-tangan tentera-tentera Amerika dan Israel yang cuba menyerang Iran "..Daripada sini,dapat difahami bahawa pertukaran pemimpin mampu menyebabkan PERUBAHAN secara total sesebuah negara laksana PERUBAHAN daripada seekor lembu yang dicocok hidungnya kepada singa yang garang dan digeruni musuh..

Kesimpulannya,,begitulah sunnatullah...Tidak ada pemerintah yang boleh memerintah selama-lamanya..Pemimpin akan sentiasa bertukar mengikut peredaran zaman dan suasana semasa..Kelak kepimpinan negara Malaysia ini juga akan bertukar wajah..dan aku pasti akan ada dalam kalangan rakanku ataupun rakan pembca(yg sdg membaca artikel ini)bakal memegang tampuk kepimpinan negara ini,ataupun setidak-tidaknya menjadi pemimpin gerakan Islam..Satu pesananku,,jadilah pemimpin yang sentiasa merunsingkan dan membingungkan kepala otak musuh Islam,,dan janganlah menjadi pemimpin yang membuat musuh Islam duduk goyang kaki dan tertawa dengan tindakanmu..Senang cite jadilah seperti Rajab Thoyyib Erdogan atau Mahmoud Ahmadi Nejad..Hal inii kerana apabila seseorang dilantik menjadi pemimpin,,secara tidak langsung kehidupannya semakin mewah..Sebagaimana ingatan yang pernah diberikan Ust Riduan Mohd Nor,,"UJIAN KEMEWAHAN LEBIH GANAS DALAM MEMATIKAN ISTIQOMAH SESEORANG MUKMIN BERBANDING UJIAN KEPAYAHAN"..Oleh itu beringat-ingatlah..sekian..........

2 comments:

  1. best post ni..walaupun kesimpulan dia kurang seiring dengan tajuk dy..:)

    ReplyDelete