Pages

Tuesday, 15 June 2010

Perjuangan: ISLAM atau MELAYU?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku...

Fuh,.. blog ni makin lama makin berhabuk aku tengok... Tadi aku dah lap2 sikit, dan aku "letak" la sesuatu kat sini, biar nampak smart sikit. Insya ALLAH, ada manfaat dari tulisan yg tak seberapa ni...

Mmm... Tergerak nak mengisi ruang blog dengan tajuk ni sebab ada sahabat lama dari sekolah tanya berkenaan hal ini. Dan mengenangkan ramai sahabat2, especially yg akan fly tak lama lagi telah selamat menjalani kursus BTN. Anyway, tahniah la sebab korang semua telah selamat di"BTN"kan. Bagus jugak ada yang tanya soalan ni, sekurang-kurangnya boleh "refresh" sikit pemikiran... Apa2pun, aku sebenarnya bukan orang yang paling layak nak ulas benda ni, tapi aku cuba kongsi sekadar yang mampu, apa yang baik tu sahabat semua ambil, yang tak baik dan tak betul, buang jauh-jauh ye....

Soalannya berbunyi lebih kurang mcm ni...
"Salah ke kalau aku katakan memperjuangkan MELAYU itu akan mampu mengangkat martabat ISLAM...? Memperjuangkan Melayu sebagai salah satu wadah memartabatkan ISLAM di Malaysia..?"
Soalan ni antara soalan tipikal sebenarnya, banyak orang tanya soalan ni, dan persoalan ni jugak timbul suatu masa dulu dalam benak fikiran aku, time pergi suatu kursus time Form 4. Jangan bimbang, aku pun pernah merasai apa yang sahabat2 rasai, dan kecenderungan untuk timbul persoalan sebegini bukan suatu masalah, tapi suatu proses merungkai masalah. Apa yang aku ulas berdasarkan kefahaman aku..


PERJUANGAN BANGSA ATAU AGAMA?
First of all, kita kena faham, bangsa ni adalah fitrah dan anugerah yang ALLAH S.W.T bagi pada kita semua. Macam mana kita lahir lengkap dengan tangan, dengan kaki, maka kelahiran kita dengan bangsa kita pun macam itulah kejadiannya. Tanpa perlu ikhtiar, tanpa kita pilih, jika mak ayah kita MELAYU, "pasti dan pasti", secara mutlaknya, kita ni MELAYU. Macam tu jugaklah kisahnya dengan bangsa lain. Takde kekurangan apa-apanya jika dilahirkan sebagai orang Siam atau India. Takde kelebihan kalau dilahirkan sebagai Inggeris atau Cina. Perkara yang datang secara kebetulan, atau secara fitrah ni, takde ape2 yg nak dibanggakan, benda ni sebenarnya jadi bahan bermegah untuk orang tak berilmu, atau nak memesongkan ilmu.

Dalam persoalan ilmu ni, apa2 yang kita lakukan mesti atas dasar ilmu, atas dasar kefahaman.
Walaupun ada macam2 cabang ilmu, kita wajib yakin dan percaya, ilmu al-Quran dan Hadis itu paling tinggi kedudukannya. Dalam ISLAM, berdasarkan ilmu yang didasari dengan dua-dua sumber ni, kita takkan keliru antara anugerah bangsa yang bersifat fitrah yang tidak boleh dijadikan dasar perjuangan, dengan anugerah iman yang wajib dijadikan dasar perjuangan.

Kalaulah unsur bangsa itu halal dijadikan platform perjuangan, maka sudah pasti, Rasulullah S.A.W yg akan mula-mula guna bangsa ARAB sebagai dasar penyatuan dan perjuangan. Tapi, dalam sirah, pernah kita dengar dan baca Rasulullah seru umat ISLAM supaya kukuhkan perpaduan ARAB dan melaungkan slogan "HIDUP ARAB!!" untuk memartabatkan ISLAM? The answer is absolutely: NO.
Walhal ketika itu, majoriti umat ISLAM di negara Islam Madinah ialah orang ARAB. (Samalah macam Malaysia, majoriti umat ISLAM ialah MELAYU, kan??)
Jadi, sahabat.. Sedarlah, sebagai orang yang ALLAH anugerahkan kita setitik ilmu dan ma'rifatNYA, kita kena sedar, segala perbuatan, pemikiran, gerak-geri kita, semampu mungkin, perlu mengambil teladan RASULULLAH, qudwah hasanah kita. Apa lagi dalam perkara-perkara besar seperti politik dan perjuangan ni, lagi-lagi la kita kena ikut. Banyak manfaat yang kita dapat, kalau perjuangan kita ni didasari dengan sunnah Rasulullah...


MENUNTUT HAK

Sahabat, kalau perjuangan menuntut hak bangsa ni terus-terusan kita tegakkan, bagi aku, sampai bila-bila tak habis.. Percaya atau tidak?
Melayu katakan, "ini tanah milik aku, nenek moyang aku berkurun-kurun duduk kat atas tanah ni, langkah mayat aku kalau siapa2 berani cabar hak aku!!".
Orang Cina kata, "kalau bukan sebab tok nenek aku datang kat sini, bangunkan ekonomi kat bumi ni, jangan harap kau boleh hidup senang macam sekarang, jangan kata bangunan KLCC, bangunan setinggi Bangunan Parlimen tu pun belum tentu korang dapat!".
Hasilnya.. SIFAR. KOSONG. NOTHING. Bagi aku, sebab kita membesar-besarkan bangsa, kita dah membazir lebih 50 tahun. Melayu duduk tang tu, Cina dan India pun tang tu jugak.. Yang kekal, prejudis perkauman. 1Malaysia ke mana, bangsa Malaysia ke mana... Habis tunggang langgang...
 
Sebab tu, aku kurang setuju, bila orang kata kita, sebagai 'bangsa asal' Melayu perlu berjuang bermati-matian mempertahankan dan menuntut hak dan ketuanan kita, dengan apa cara sekalipun. Kan elok kalau kita sama-sama perjuangkan keadilan dan perpaduan, dari perspektif ISLAM, bukan perspektif MELAYU. Takkan timbul perasaan dengki dan syak wasangka yg berasas kepada perbezaan kaum. Hanya yang layak dan memerlukan yang dibantu dan dipertahankan. Takkan timbul siapa lebih istimewa sebab semua orang istimewa. Bukankah itu Malaysia yang kita semua idam-idamkan?..

ISLAM itu kan "rahmatan lil'alamin". Rahmat untuk sekalian alam. Dengan menggantikan perjuangan bangsa dengan ISLAM, kita secara tak langsung mengajak khalayak untuk kembali kepada suatu titik persamaan iaitu hidayah. Kita kembali kepada pengakuan keEsaan TUHAN. Bahawa ALLAH yang mencipta Adam dan Hawa, langit dan bumi. Di atas dasar kesamaan hak untuk menumpang di bumi ALLAH tanpa mengira bangsa, kita ada hak untuk berteduh, hak memiliki rumah, hak makan dan minum, hak bersuara, hak memiliki keturunan, hak mendapat perlindungan nyawa dan keselamatan, dan hak hidup bermaruah. Kan indahnya perjuangan ISLAM tu....


JADI?..
 
Jadi sahabat... Jangan kita mudah diperdaya dengan mainan kata-kata dan istilah, bahawa memperjuangkan MELAYU, kita telah berjuang untuk memartabatkan ISLAM di Malaysia. Sebab, bila minda kita dah diperangkap dengan ungkapan 'Perjuangan Bangsa' ni, payah kita nak lari. Sahabat percayalah...

Dan, pesanan buat sahabat dan diri, teruslah istiqamah dalam perjuangan ISLAM. Suatu masa nanti, jika kita ditakdirkan berkecimpung dalam lapangan siasah, bila diberi pilihan dua jalan, jalan perjuangan BANGSA yang kabur-kabur, atau jalan perjuangan ISLAM yang terang-benderang, yang tiada keraguan padanya, pilihlah jalan yang terang itu. InsyaALLAH, perjuangan mendaulatkan ISLAM di muka bumi ini akan mencapai kemuncaknya, tak lama lagi... Jom kita sama-sama duduk dalam bahtera ini, moga ALLAH beri inayah...

Wallahua'lam.. Maaf kepada mana2 pihak yang tersinggung secara langsung atau tidak. Mungkin agak kritikal tulisan ini, tapi itulah hakikatnya. Jika ada apa2 comment daripada sahabat2, amat dialu-alukan. Tugas aku cuma menyampaikan, terpulang kepada yang membaca untuk menerima.
YA ALLAH, saksikanlah...

1 comment: