Pages

Tuesday, 23 February 2010

Faman laisa adabun, fahua dubbun

Kalimat di atas "Faman laisa adabun, fahua dubbun" membawa maksud sesiapa yang tidak beradab,dia beruang. Ayat ini menjelaskan setiap manusia wajib beradab dalam melakukan sesuatu perkara. Sesiapa yang tidak beradab boleh dikategorikan sebagai binatang seperti beruang. Dalam Islam, adab adab termasuk dalam akhlak islamiyyah. Oleh itu, seseorang itu dilihat sebagai berakhlak mulia apabila dia beradab dalam setiap tindakannya. Sebagai contoh, seorang anak mestilah mematuhi adab seorang anak terhadap bapanya, seorang ahli jemaah mestilah mematuhi adab berjemaah terhadap pemimpin jemaahnya, seorang murid mestilah mematuhi adab belajar bersama gurunya...Dan dalam konteks saya sebagai seorang blogger, mestilah beradab ketika menulis artikel artikel di dalam blog ni. Saya samakali tidak boleh menggunakan blog ini sebagai medan fitnah saya terhadap pihak lain. Hal ini kerana setiap tindakan saya sebagai orang muslim,, mestilah dalam kerangka akhlak islamiyyah....Semoga setiap tindakan yang kita lakukan berlandaskan adab-adab yang berkait rapat dengan akhlak islamiyyah....Dan seterusnya kite menjadi seorang muslim yang berakhlak mulia sesuai dengan agama Islam yang mulia ini..

No comments:

Post a Comment