Assalamualaikum.. Sudah sekian lama tidak menulis.. Atas beberapa faktor dan yang paling utama faktor KEMALASAN... Pada kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku dgn pembaca-pembaca sekalian.. Semoga dpt ambil pengajaran dripadanya..
Pada hujung bulan 3, aku menghadiri satu program anak-anak muda di kawasan Serdang. Di situ, aku kenali seorang teman yg bernama Wan(nama panggilan). Dia menuntut di UNIKL yang terletak di Teras Jernang. Pada hari itu, kami sekadar berkenal-kenalan dan borak-borak siket kerana masing-masing ada tugas semasa program itu,, jadi kena fokus pada kerja, kekadang curi-curi borak. Sewaktu akhir program, baru lebih selesa untuk berborak, tetapi tidak lama kerana ingin pulang ke rumah awal.. Selepas pada hari itu, kami ada merancang untuk bertemu lagi, tapi atas kekangan masa dan periksa, jd pertemuan itu susah untuk direalitikan.
Pendek cerita, pada tanggal 1 Mei 2011, kami diizinkan oleh Allah untuk bertemu di Bengkel Penulisan Pendakwah Muda di Masjid Teras Jernang. Senyuman terpandar daripada wajahku dan wajahnya, akhirnya dapat juga bertemu. Di dalam dewan bengkel seminar, aku duduk bersebelahan dengannya dan seorang lagi temannya dari UNIKL yang bernama Shah. Aku menambah lagi kenalanku apabila bertaaruf dengan Shah siang tadi. Sementara menunggu penceramah sampai, kami berborak-borak kosong+ilmiah sikit-sikit.
Hendak dikaitkan dengan tajuk di atas, lalu Wan bertanya padaku "azam, di dq ada partime hafal quran tidak??"aku menjawab "tidak". Nampak sedikit kecewa di wajahnya. Lalu dia mengeluarkan sekeping handout daripada poketnya, handout itu bertajuk KELAS TAHFIZ AL QURAN. Dia berkata "Ana sebenarnya nak hafal al-quran,, ana da cube cari kelas2 tahfiz mcm ni(smbil menunjukkan pada handout), tapi bertindih dengan jadual pengajian,exam dan bla2.."Lantas seorang lagi rakan Shah menyampuk "Azam, enta hafal quran macam mane,ape tips-tipsnya??" Dari sudut cara dia bertanya padaku, seolah-olah hafal quran itu satu nikmat yang besar. Aku agak terkesima sambil menerangkan padanya cara aku hafal quran. Selepas peneranganku yang tidak seberapa, Wan pun berkata "ok,lepas ini ana nak cuba hafal setengah muka sehari.. cuba tetap cuba..kene mulakan.."Allah, aku sangat kagum melihat keazamannya, sambil membayangkan diriku yg rasanya kurang merasakan kenikmatan menghafaz al quran dan keazaman seperti Wan itu.. Wan menambah "Bkn apa, kami ni belajar engineering saja, enta belajar agama, Nabi pon tinggikan darjat orang yang belajar agama, kami SANGAT MENGHORMATI orang yang belajar agama".
Aduh!!Astaghfirullah!! Mereka berdua sangat hormat padaku yg kononnya dikatakan penghafaz al quran dan belajar imu-imu agama. Andai dia tahu yang aku ni seorang yang MALAS mengulang al quran, malah kurang merasai nikmat menghafaz al quran, mudah lalai, kerap tidur sekiranya ada masa lapang, dan banyak lagi sifat-sifat negatif yang lain. Malunya..!! Malu itu ku hanya simpan di dalam hati.. Aku bersyukur pada ALLAH, pada masa ini, aku dapat memuhasabah diriku.. Dan paling penting, aku tersedar bahawa "MENGHAFAZ AL QURAN ADALAH SATU NIKMAT YG SANGAT BESAR!!! BELAJAR AGAMA ADALAH SATU NIKMAT YG BESAR!!" Alhamdulillah..